Thursday, January 20, 2011

Perbezaan Thumbdrive & Pendrive?



Pernah sesuatu ketika dahulu, ada seorang Hamba Allah keluarkan soalan ini kepada aku. Apa perbezaan diantara Thumbdrive dan Pendrive?

Jadi,  Aku menjawab apa yang aku tahu, mengikut firasat dan pengetahuan yang aku ada - Ianya SAMA, nama sahaja berlainan.

Sebenarnya, kedua-dua nama ini adalah merujuk kepada USB Flash Drive atau merujuk pada Wikipedia Bahasa Melayu, istilah di dalam Bahasa Melayu ialah Pemacu Kilat USB (Aku tidak pasti sama ada nama ini sudah wujud di dalam DBP ataupun tidak.)

Kedua-dua nama Thumbdrive dan Pendrive ini pula ialah nama jenama yang telah digunakan untuk USB Flash Drive. Trek Technologies yang berpangkalan di Singapura merupakan pencipta asal bagi ThumbDrive yang mula dipasarkan pada tahun 2000.

Manakala, PenDrive ialah jenama USB Flash Drive yang digunakan oleh Index Diversified Sdn. Bhd. bagi produk USB Flash Drive mereka.

Namun, pada hari ini telah muncul jenama-jenama yang berlainan seperti Kingston DataTraveler, SanDisk Cruzer, Corsair Flash Voyager dan Transcend JetFlash yang telah dikeluarkan dalam pelbagai pelbagai saiz dan bentuk untuk menarik pengguna mereka.

Apa yang pelik, kita telah memanggil semua jenama USB Flash Drive ini dengan nama Thumbdrive ataupun Pendrive...termasuklah aku sendiri - Mungkin sudah terbiasa dengan nama ini.



Jadi, mungkin kita boleh mencuba untuk memanggil Thumbdrive/PenDrive selepas ini dengan panggilan "Pemacu Kilat USB"...Cute n Manja!